Friday 9 February 2018

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

Tarikh : 09/02/2018
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Bestari, SK Brinchang


          Bantuan Awal Persekolahan telah diadakan pada 9 Februari 2018. Majlis ini telah diadakan di Dewan Bestari Sekolah Kebangsaan Brinchang. Bantuan Awal Persekolahan merupakan bantuan persekolahan yang disalurkan oleh kerajaan kepada ibu bapa murid yang berpendapatan perkapita bersih bawah RM3000. Bantuan Awal Persekolahan ini adalah langkah prihatin kerajaan dalam usaha meringankan beban yang harus ditanggung oleh ibu bapa setiap kali sesi persekolahan baru bermula. Ruang dan peluang ini telah diambill oleh warga Sekolah Kebangsaan Brinchang dengan menjemput Tan Sri Dato’ M Kavyeas merangkap Penasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menyempurnakannya.





































No comments:

Post a Comment

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang