Thursday 28 December 2017

PROGRAM BERSAMA NGO : MAKNA

Tarikh : 28/12/2018
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Gerakan, SK Brinchang




IKRAR AKUJANJI PENJAWAT AWAM

Tarikh : 28/12/2018
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Gerakan, SK Brinchang

      Ikrar aku janji penjawat awam telah dibaca bagi permulaan sesi persekolahan 2018. Sebagai penjawat awam, guru seharusnya mematuhi etika dan profesionalisme sebagai satu budaya kerja 
ke arah melahirkan penjawat awam yang berintegriti selaras dengan dasar kerajaan dari semasa 
ke semasa. Guru adalah role model kemenjadian murid.








Wednesday 27 December 2017

SARANA IBU BAPA DALAM PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH SESI 2018

Tarikh : 27/12/2017
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Bestari, SK Brinchang


       Program Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 25 orang murid prasekolah telah didaftarkan bagi sesi persekolahan 2018. Pada masa yang sama juga, seramai 22 orang murid Tahun 1 telah didaftarkan. Dengan jumlah sedemikian, hanya satu kelas dibuka bagi kelas pra dan Tahun 1 bagi sesi 2018. Kehadiran ibu bapa amat memberansangkan








HARI ORIENTASI MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2018

Tarikh : 27/12/2017
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Bestari, SK Brinchang






Tuesday 26 December 2017

Monday 18 December 2017

SELAMAT DATANG GURU BESAR BAHARU (MELAPOR DIRI)

Tarikh : 18/12/2017
Hari : Isnin
Tempat : SK Brinchang



SELAMAT DATANG GURU BESAR BAHARU


PUAN NOR AZNI BT MD NOR

SELAMAT DATANG GURU BESAR BAHARU


Tarikh : 18/12/2018
Hari : Isnin
Tempat : SK Brinchang

Selamat datang warga SK Brinchang ucapkan kepada Puan Nor Azni Binti Md Nor bagi menyandang jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Brinchang bagi sesi 2018/2019. Pelantikan ini bagi menggantikan Puan Dalina Binti Mohmaed Ariffin yang telah dipindahkan ke Sekolah Convent Tanah Rata berkuatkuasa serta-merta.


VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang