Friday 16 March 2018

LATIHAN KEBAKARAN


Tarikh : 16/03/2018
Hari : Jumaat
Tempat : SK Brinchang


Latihan kebakaran amat penting kepada warga sekolah sebagai siapsiaga apabila berhadapan dengan kebakaran atau kecemasan yang tidak diundang kerana bak kata pepatah “Malang Tidak Berbau”.  Latihan ini telah diadakan di perkarangan tempat parkir kereta kakitangan sekolah. Latihan ini melibatkan semua warga sekolah.













Thursday 15 March 2018

UJIAN SEGAK

Tarikh : 15/03/2018
Hari : Khamis
Tempat : SK Brinchang


Ujian SEGAK Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 15 Mac 2018. Ujian latihan kecergasan fizikal dijalankan untuk memastikan tahap kecergasan fizikal murid-murid  Sekolah Kebangsaan Brinchang mencapai tahap kecergasan fizkal kebangsaan. Ujian ini hanya melibatkan murid-murid tahap dua sahaja






Tuesday 13 March 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2018

Tarikh : 13/03/2018
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Bestari, SK Brinchang

Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sesi 2018 telah berlangsung pada 13 Mac 2018 bertempat di Dewan Bestari SK Brinchang. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Beberapa usulan telah dibentangkan oleh barisan kepimpinan baru sesi 2018 yang diterajui oleh Saudara Abdul Rahim Bin Ani selaku Yang DiPertua. Mesyuarat ini mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa.






























VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang