Thursday 23 July 2020

SK BRINCHANG PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025


TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.
OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Kesimpulannya, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan dan lain-lain.

SEJARAH SK BRINCHANG

Projek pembinaan SK Brinchang adalah satu usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan prasarana pendidikan khususnya di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada masa akan datang.

 Pembinaan SK Brinchang dibina di atas lot 69 yang melibatkan tanah seluas 2.599a5 hektar bersebelahan jalan utama dari Brinchang menghala ke Tringkap, Cameron Highlands. SK Brinchang telah mula dibina pada 1 Julai 2000 dan siap sepenuhnya pada 30 April 2002.

 Bangunan SK Brinchang telah diduduki sepenuhnya oleh para guru dan pelajar paada 13 Jun 2002. Pada mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 10 orang guru beserta 130 orang murid. Bermula daripada itu SK Brinchang mula melakarkan sejarahnya tersendiri.


 











Thursday 16 July 2020

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang