Thursday 31 December 2015

Hari Orientasi Prasekolah Sesi 2016

Hari orientasi Prasekolah sesi 2016 telah selamat dijalankan pada 31 Disember 2015 hari khamis jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semua ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah telah diberi sedikit taklimat oleh Puan Norbi binti Abu Bakar selaku GPK Pentadbiran SKB sebagai pembuka bicara majlis, Guru Prasekolah Puan Ruzihan binti Azmi, dan Ustaz Mohd Fairul Bin A Bakar selaku pengacara majlis. Pada hari berkenaan juga telah diadakan Majlis Permuafakatan Prasekolah bersama ibu bapa bagi pemilihan pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa. Segala majlis berjalan dengan lancar. Ibu bapa juga disediakan jamuan makan di kantin sekolah.











Wednesday 30 December 2015

Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2016

Pada 30 Disember 2015 jam 8.30 pagi telah diadakan orientasi dan taklimat ibu bapa bagi pelajar Tahun 1 bagi sesi 2016. Tujuan program diadakan bagi mendedahkan murid-murid dengan suasana persekolahan yang bakal dilalui. Ibu bapa juga diberi taklimat oleh Tuan Guru Besar Encik Omardani Bin Mohd Noor.


Akriviti yang dijalankan ialah suai kenal bersama guru kelas tahun 1, melawat kawasan bangunan sekolah, dan juga melihat suasana bilik darjah. 















VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang