Friday 10 February 2017

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA CAMERON HIGHLANDS

Tarikh : 10/02/2017
Hari : Jumaat
Tempat : Perkarangan Parkir Kereta

Latihan Kebakaran Bersama Bomba Cameron Highlands telah diadakan pada 10 Februari 2017. Latihan kebakaran ini amat penting kepada warga sekolah sebagai siapsiaga apabila berhadapan dengan kebakaran atau kecemasan yang tidak diundang kerana bak kata pepatah "Malang Tidak Berbau". Latihan ni telah diadakan di perkarangan tempat parkir kereta kakitangan sekolah. Latihan kebakaran ini melibatkan semua warga sekolah. Pasukan Bomba dari Balai Bomba Cameron Highlands telah dijemput untuk membuat demonstrasi dan latihan kebakaran.













 

















Thursday 9 February 2017

VIDEO SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN JASAMU DIKENANG

SEMOGA TERUS MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU DAN DI DOAKAN DENGAN PENGHIJRAHAN INI ADALAH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.


Wednesday 8 February 2017

KEM KEPIMPINAN MURID CILIK

Tarikh : 08/02/2017
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Bestari, SK Brinhang

Tanggal 8 Februari, Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Brinchang telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan Murid Cilk. Kem Pemimpinan Murid Cilik ini melibatkan barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Darjah dan Ketua-ketua Unit Beruniform. Kem ini diadakan untuk melatih dan menonjolkan ketrampilan murid-murid Sekolah Kebangsaan Brinchang dalam kepimpinan baik di sekolah mahupun ketika berhadapan dengan masyarakat luar.













Tuesday 7 February 2017

LADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Tarikh : 7/02/2017
Hari : Khamis
Tempat : Kelas Tahun 1 Cemerlang

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan pada 7 Februari 2017. Skop LADAP berkisar kepada proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan Pendidikan Abad Ke-21. Latihan ini telah dikendalikan oleh pihak SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands.











Monday 6 February 2017

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH BERSAMA PDRM

Tarikh : 06/02/2017
Hari : Isnin
Tempat : Perkarangan Tapak Perhimpunan

Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan secara serentak seluruh Malaysia pada 6 Februari 2017. Sekolah Kebangsaan Brinchang turut mengguna ruang dan kesempatan pada hari berkenaan bagi melancarkan program tersebut pada peringkat sekolah. Dua orang anggota Polis Diraja Malaysia yang didatangkan khas dari IPD Brinchang telah merasmikan dengan jayanya. Syabas!













VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang