Thursday 18 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BRINCHANG 2018

Tarikh : 18/01/2018
Hari : Khamis
Tempat : SK Brinchang, Kampung Melayu, Brinchang

Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 18 Januari 2018. Kejohanan ini diadakan berlandaskan objektif membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentk individu yang cergas. Di samping dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. Dengan adanya Kejohanan Merentas Desa ini, semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan ke raah menjayakan 1M1S












































Monday 15 January 2018

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang