Friday 20 January 2017

KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA PERINGKAT SK BRINCHANG 2017

Tarikh : 20/01/2017
Hari : Jumaat
Tempat : Kg. Melayu, Brinchang

Merentas Desa merupakan satu acara wajib yang dijalankan disekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sukan semasa mereka di bangku persekolahan.

Objektif Pertandingan :-

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Antaranya adalah untuk -

i.   Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.
ii.  Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang              cergas. 
iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga SK Brinchang dalam mengendalikan acara yang        memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. 
iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SK Brinchang tentang alam sekitar.
v.  Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid-            murid dan guru-guru melaui pertandingan antara rumah-rumah sukan. 
vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.
















Friday 13 January 2017

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang