Wednesday 20 May 2015

Van Nestle Datang.....

Haaa....hari ni tetiba pulak van Nestle datang buat kejutan...nak bagi murid-murid makan KoKoKrunch free...para cikgu pun dapat makan sama..Alhamdulillah rezeki anak-anak SK Brinchang hari ni...TERIMA KASIH NESTLE!!! Jangan lupa datang lagi tauuuu.....heeeee

abang Nestle bersama kokokrunch
***
murid-murid beratur menunggu giliran
***
besttt kata mereka :)
***
masing-masing makan dengan khusyuk 
***
 makan berjemaah pun ada :)

**TAMAT**

Monday 18 May 2015

Majlis Sambutan Hari Guru 2015

"Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" itulah tema hari guru 2015. Secara kebetulan hari guru jatuh pada hari cuti mingguan iaitu pada hari sabtu 16 Mei 2015 maka kebanyakan pihak sekolah menyambutnya pada hari Isnin 18 Mei 2015.Kami warga SKB juga menyambutnya pada 18 Mei 2015. Di sini disertakan beberapa keratan gambar sepanjang Majlis Sambutan Hari Guru 2015...


acara sukan bola jaring antara guru perempuan dan pelajar perempuan
***
 acara futsal antara guru lelaki dan pelajar lelaki
***
aktiviti membuat kad ucapan hari guru mengikut kelas
***
persembahan tayangan multimedia
***
Guru Besar memberi ucapan
***
murid-murid bersama hadiah untuk cikgu-cikgu kesayangan
***
ikrar guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia
***
hadiah acara sukan dan hadiah pertukaran guru dan staff sokongan
 ***
sesi makan-makan di Hotel Rossa Pasadena 1
 ***
 sesi makan-makan di Hotel Rossa Pasadena 2
***TAMAT***

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.




VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang