Friday 3 February 2017

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 BERSAMA TIMBALAN KPPD

Tarikh : 3/02/2017
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Bestari, Sk Brinchang

Lembaran Februari dibuka dengan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun Enam Bersama Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Tujuan majlis diadakan adalah sebagai cakna warga sekolah dalam menjalinkan ukhwah bersama ibu bapa murid tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada bulan september. Majlis ini mendekatkan lagi hubungan ibubapa dengan warga sekolah dan secara tidak langsung merupakan pendekatan awal pihak sekolah untuk melibatkan ibu bapa dalam usaha memberi sokongan kepada program-program Kecemerlangan Tahun 6 yang akan dianjurkan dari masa ke semasa.









No comments:

Post a Comment

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang