Friday, 10 February 2017

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA CAMERON HIGHLANDS

Tarikh : 10/02/2017
Hari : Jumaat
Tempat : Perkarangan Parkir Kereta

Latihan Kebakaran Bersama Bomba Cameron Highlands telah diadakan pada 10 Februari 2017. Latihan kebakaran ini amat penting kepada warga sekolah sebagai siapsiaga apabila berhadapan dengan kebakaran atau kecemasan yang tidak diundang kerana bak kata pepatah "Malang Tidak Berbau". Latihan ni telah diadakan di perkarangan tempat parkir kereta kakitangan sekolah. Latihan kebakaran ini melibatkan semua warga sekolah. Pasukan Bomba dari Balai Bomba Cameron Highlands telah dijemput untuk membuat demonstrasi dan latihan kebakaran.













 

















No comments:

Post a Comment

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang