Thursday 25 August 2016

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

Tarikh : 25/08/2016
Hari : Khamis
Tempat : Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands

Program Dasar Warga Emas Negara adalah suatu program yang dilancarkan oleh kerajaan bagi  mencapai matlamatnya iaitu : Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera. Dasar tersebut merupakan salah satu daripada dasar-dasar utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan untuk membangunkan masyarakat prihatin terhadap fenomena penuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua. 

Program ini telah dijayakan bersama empat orang murid dan seorang guru di wad perempuan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands. Sedikit cenderahati telah diberikan kepada warga emas tersebut.





No comments:

Post a Comment

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang