Thursday, 25 August 2016

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

Tarikh : 25/08/2016
Hari : Khamis
Tempat : Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands

Program Dasar Warga Emas Negara adalah suatu program yang dilancarkan oleh kerajaan bagi  mencapai matlamatnya iaitu : Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera. Dasar tersebut merupakan salah satu daripada dasar-dasar utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan untuk membangunkan masyarakat prihatin terhadap fenomena penuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua. 

Program ini telah dijayakan bersama empat orang murid dan seorang guru di wad perempuan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands. Sedikit cenderahati telah diberikan kepada warga emas tersebut.





Sunday, 21 August 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-59 TAHUN 2016

Kami dari seluruh warga SK Brinchang ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-59 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga dengan kebebasan dan keamanan yang kita kecapi selama ini dapat diteruskan kepada generasi akan datang . Bersyukurlah atas nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada negara Malaysia.




Thursday, 18 August 2016

PROGRAM MELINDUNGI HAIWAN LIAR KHAZANAH NEGARA PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2016

TARIKH : 18/08/16
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK RINGLET, 39200 RINGLET, CAMERON HIGHLANDS










Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands dengan kerjasama Kelab Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Monday, 15 August 2016

Thursday, 4 August 2016

PROGRAM KESEDARAN JENAYAH TERHADAP KANAK-KANAK

Tarikh : 4/08/2016
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Bestari, SK Brinchang

Program Kesedaran Jenayah Terhadap Kanak-Kanak adalah satu program untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang isu-isu keselamatan dan senario jenayah yang sering berlaku tehadap pelajar terutamanya kes seksual dan kanak-kanak hilang.

Terima kasih kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak(D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kerana menganjurkan program ini dengan jayanya.










VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang