Monday, 27 June 2016

ANUGERAH KEDATANGAN PENUH JANUARI - APRIL 2016

Tarikh : 27/06/2016
Hari : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Brinchang


Anugerah  Kedatangan Penuh bagi bulan Januari hingga April 2016 telah disempurnakan pada hari perhimpunan mingguan sekolah. Anugerah berupa wang tunai tersebut diberikan kepada murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi menghargai murid yang hadir dengan kedatangan penuh sepanjang sesi persekolahan. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Puan Guru Besar, Dalina bt Mohamed Ariffin. Semoga dengan anugerah yang dianjurkan pihak sekolah ini dapat memupuk lagi semangat para pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari.












Sunday, 26 June 2016

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG BULAN JUN 2016 (MENYAMBUT KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH)

Tarikh : 27/06/2016
Hari : Isnin
Tempat : Laluan hadapan SK Brinchang

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapka setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Amalan Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaanya, sekolah hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:








Friday, 24 June 2016

LAVENDER CAFE SK BRINCHANG

Kantin sekolah yang kini berwajah baru bertemakan warna ungu sebagai latar warna utama. Lavender Cafe nama diberi dengan bermotifkan bunga lavender sebagai simbolik.












Thursday, 23 June 2016

PROGRAM IHYA' RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN 2016

Tarikh : 24/06/2016
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Bestari, SK Brinchang

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Maka, rugilah mereka yang tidak menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk berada dalam bulan yang mulia ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah. Rasulullah SAW bersabda: 

 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu" (Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W tersebut, Panitia Pendidikan Islam SK Brinchang Cameron Highlands telah menyatakan kesediaan untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T dengan menjayakan suatu program pembetukan Rohani dalam kalangan guru, kakitangan serta murid yang dinamakan sebagai "PROGRAM IHYA' RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK BRINCHANG 2016".

Objektif :

  • Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al-Mubarak.
  • Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
  • Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan dikalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik. 
  • Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
  • Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid. 
Rasional :     

Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hendaklah disambut dan dihayati dengan amalan yang berfaedah. Semoga Program Ihya' Ramadhan & Khatam Al-Quran SK Brinchang Cameron Highlands 2016 yang akan dijalankan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadi tarbiyyah ruhiyyah dalam mendidik murid-murid menjadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa.

Matlamat : 

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

Sasaran : 
 
Guru dan kakitangan sokongan
Murid-murid

Tema :

Ramadhan Bulan Berkat, Takwa Kita Pertingkat

Anjuran : 

Panitia Pendidikan Islam SK Brinchang, cameron Highlands













Friday, 3 June 2016

LAVENDER CAFE IN PROGRESS

Tarikh : 03/06/2016
Hari : Jumaat
Tempat : Kantin Sekolah, SK Brinchang





VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang