Thursday, 31 December 2015

Hari Orientasi Prasekolah Sesi 2016

Hari orientasi Prasekolah sesi 2016 telah selamat dijalankan pada 31 Disember 2015 hari khamis jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semua ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah telah diberi sedikit taklimat oleh Puan Norbi binti Abu Bakar selaku GPK Pentadbiran SKB sebagai pembuka bicara majlis, Guru Prasekolah Puan Ruzihan binti Azmi, dan Ustaz Mohd Fairul Bin A Bakar selaku pengacara majlis. Pada hari berkenaan juga telah diadakan Majlis Permuafakatan Prasekolah bersama ibu bapa bagi pemilihan pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa. Segala majlis berjalan dengan lancar. Ibu bapa juga disediakan jamuan makan di kantin sekolah.











Wednesday, 30 December 2015

Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2016

Pada 30 Disember 2015 jam 8.30 pagi telah diadakan orientasi dan taklimat ibu bapa bagi pelajar Tahun 1 bagi sesi 2016. Tujuan program diadakan bagi mendedahkan murid-murid dengan suasana persekolahan yang bakal dilalui. Ibu bapa juga diberi taklimat oleh Tuan Guru Besar Encik Omardani Bin Mohd Noor.


Akriviti yang dijalankan ialah suai kenal bersama guru kelas tahun 1, melawat kawasan bangunan sekolah, dan juga melihat suasana bilik darjah. 















Tuesday, 15 September 2015

PROGRAM RIMUP RAYA 1 MALAYSIA 2015

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah berlangsung dengan jayanya pada 15 September 2015 bersama gabungan 3 buah sekolah yang terlibat iaitu SJK(T) Sg. Palas, SJK(C) Brinchang dan SK Brinchang selaku tuan rumah. Antara program yang dijalankan ialah senamrobik beramai-ramai, permainan rakyat dan persembahan pentas dari sekolah yang terlibat.























Wednesday, 20 May 2015

Van Nestle Datang.....

Haaa....hari ni tetiba pulak van Nestle datang buat kejutan...nak bagi murid-murid makan KoKoKrunch free...para cikgu pun dapat makan sama..Alhamdulillah rezeki anak-anak SK Brinchang hari ni...TERIMA KASIH NESTLE!!! Jangan lupa datang lagi tauuuu.....heeeee

abang Nestle bersama kokokrunch
***
murid-murid beratur menunggu giliran
***
besttt kata mereka :)
***
masing-masing makan dengan khusyuk 
***
 makan berjemaah pun ada :)

**TAMAT**
VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG Berazam Untuk Melahirkan Murid Yang Berkembang Secara Harmonis Serta Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Untuk Memenuhi Keperluan Dan Cabaran Masa Hadapan Negara Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

Murid Boleh Menguasai 3M, Murid Islam Boleh Menguasai PAFA Murid Boleh Bertutur, Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Inggeris Murid Mempunyai Kesedaran dan Mengamalkan Kebersihan, Kesihatan, Dan Kecerdasan Diri, Membina Daya Kepimpinan, Daya Keyakinan dan Semangat Patriotism.

MOTTO SEKOLAH

"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN"


LAGU SEKOLAH

Sekolah Tertinggi Di Cameron Highlands
Tersergam Megah dan Nyaman
Udara Segar dan Nyaman
Mengalu-alukan Kami Semua

SK Brinchang
Pasti Berjaya
Hormati Guru
Budaya Kita
Ketekunan Nadi Kecemerlangan
Moto Sekolah

Kita Keazaman Untuk Kejayaan
Cemerlang Gemilang Terbilang