Hari orientasi Prasekolah sesi 2016 telah selamat dijalankan pada 31 Disember 2015 hari khamis jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semua ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah telah diberi sedikit taklimat oleh Puan Norbi binti Abu Bakar selaku GPK Pentadbiran SKB sebagai pembuka bicara majlis, Guru Prasekolah Puan Ruzihan binti Azmi, dan Ustaz Mohd Fairul Bin A Bakar selaku pengacara majlis. Pada hari berkenaan juga telah diadakan Majlis Permuafakatan Prasekolah bersama ibu bapa bagi pemilihan pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa. Segala majlis berjalan dengan lancar. Ibu bapa juga disediakan jamuan makan di kantin sekolah.